Ylang-ylang

Ylang-ylang

Thursday 5 July 2012

CONTOH SOALAN (JSU)


1.    Kata Nafi ( Pengetahuan )
 
Makanan ______________________ dibawa masuk.
A.           tidak elok
B.           jangan biar
C.           tidak boleh
D.           jangan suka

2.      Kata Sendi Nama ( Kefahaman )
Buku itu berada __________ almari buku Muthu.
A.         di depan
B.         di dalam
C.         di tengah
D.         di belakang

3.     Kata Pemeri ( Analisis)
Pilih ayat yang betul.
i.              Rojak ialah makanan kegemaran saya.
ii.            Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.
iii.           Haiza ialah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
iv.           Perempuan yang berambut panjang itu adalah kakak saya.
A.           i dan ii sahaja
B.           i dan iv sahaja
C.           ii dan iii sahaja
D.           iii dan iv sahaja

4.   Imbuhan Awal ( Penilaian )
Pilih ayat yang betul.
A.           Hazman telah peroleh keputusan yang cemerlang pada tahun lalu.
B.           Hazman telah perolehi keputusan yang cemerlang pada tahun lalu.
C.           Hazman telah memperolehi keputusan yang cemerlang pada tahun lalu.
D.           Hazman telah memperoleh keputusan yang cemerlang pada tahun lalu.

5.    Ayat Pasif ( Penilaian )
“Saya menendang bola itu”.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di atas.
A.         Itu bola tendang saya.
B.         Bola saya itu tendang.
C.         Bola itu saya tendang.
D.         Saya itu menendang bola.

6.     Kata Bilangan ( Pengetahuan )
Walaupun Fahrul Khan merupakan orang asing tetapi dia disukai ___________ orang di sini.
A.             ramai
B.             semua
C.             seluruh
D.             banyak

No comments:

Post a Comment