Ylang-ylang

Ylang-ylang

Friday 6 July 2012

TOTURIAL 2


JENIS-JENIS ITEM UJIAN OBJEKTIF

1.      ITEM PILIHAN JAWAPAN BEBAS
2.      ITEM PILIHAN JAWAPAN TETAP

1.      ITEM PILIHAN JAWAPAN BEBAS
v  Memerlukan murid memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikan
v  Soalan boleh berbentuk soalan  atau pernyataan tergantung
v  Soalan berbentuk item jawapan pendek atau item melengkapkan
v  Arahan yang diberi seperti isikan tempat kosong dengan …
            lenkapkan pernyataan berikut.
v  Contoh :
l  Item jawapan pendek
            i.          Tuliskan dengan perkataan nombor 23
            ii.          siapakah empat golongan yang             dikecualikan             daripada kewajipan     menunaikan solat Jumaat?
                        i.          ____________
l  Item jawapan melengkapkan
            i.          Haiwan yang memakan daging dinamakan 
                        __________
            ii           Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikut
                        a.         Johor  __________
                        b.         Perlis  __________

2.      ITEM PILIHAN JAWAPAN TETAP
*      Item betul/salah
*      Item memadankan
*      Item pengelasan
*      Item susun semula
*      Item aneka pilihan

PRINSIP-PRINSIP MEMBINA ITEM JENIS BETUL-SALAH
1. Kenyataan betul atau salah hendaklah berkaitan dengan perkara-perkara penting sahaja.
2. Kenyataan yang digubal itu hendaklah benar-benar betul atau benar-benar salah sahaja.
3. Jangan membina kenyataan yang terlalu nyata betul atau terlalu nyata salah kerana ini tidak akan benar-benar menguji calon secara objektif.
4. Pada prinsipnya, gubal lebih banyak kenyataan dalam bentuk salah daripada kenyataan yang betul, kerana ramai calon biasanya lebih cenderung memilih betul sebagai jawapan apabila mereka kurang pasti sama ada kenyataan itu betul atau salah.
5. Elakkan daripada menggunakan perkataan seperti ‘semua’, ‘tiap-tiap’, ‘hanya’ dan sebagainya yang merupakan petunjuk kepada salah atau benar kenyataan tersebut.
6. Elakkan menggunakan kenyataan-kenyataan yang dipetik sebulat-bulatnya daripada buku teks. Ini akan menolong calon menjawab soalan tanpa berfikir panjang
7. Item betul / salah
Bentuk item betul / salah mengandungi soalan pokok berbentuk kenyataan samada betul atau salah sebagai pilihan jawapan.
Contoh:
a)Ikan paus merupakan sejenis amfibia.
Betul / Salah
b)Pahang terletak di Malaysia timur.
Betul / Salah


ITEM MEMADANKAN
Item padanan
Item ini berbentuk dua kumpulan objek atau perkara yang berkaitan.
Calon dikehendaki menjawab item ini dengan menggunakan garis menanda kedua-dua objek atau yang berkaitan
Contoh:
a)Suaikan operasi darab dengan jawapannya

ITEM ANEKA PILIHAN
Item ini merupakan bentuk ujian objektif yang paling kerap digunakan dalam ujian dan peperiksaan.
Bentuk item aneka pilihan ini mengandungi satu pokok item yang berfungsisebagai soalan dan diikuti dengan beberapa gerak balas yang berfungsisebagai pilihan jawapan. Antara beberapa pilihan jawapan tersebut, terdapat satu jawapan yang betul.
Item aneka pilihan
Jawapan yang betul ini dinamakan sebagai kunci atau petanda. Gerak balas yang lain pula dinamakan sebagai pengganggu distraktor.
Contoh:
i)Bentuk aneka pilihan berbentuk soalan:
Yang manakah di antara pernyataan-pernyataan berikut adalah salah?
A.Semua benda hidup boleh bernafas.
B.Semua benda hidup boleh berkumuh.
C.Semua benda hidup bergerak.
D.Semua benda hidup boleh berenang






KELEBIHAN DAN KEKURANGAN ITEM OBJEKTIF

Kelebihan Ujian Objektif

 1. Ia dapat merangkumi semua bidang pelajaran dan isi pelajaran secara luas.
 2. Ia menjamin keadilan pemarkahan.
 3. Ia memerlukan masa yang pendek untuk menjawab dan memeriksa.
 4.Objektifnya adalah tinggi, jawapan yang sama akan diberi markah yang samawalaupun
diperiksa oleh pemeriksa yang berlainan.
 5. Ia tidak menggalakan penipuan.
 6. Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi.
 7.Calon dapat menjawab soalan objektif sekali pun calon lemah dalam penguasaan bahasa.
 8. Pemeriksa tidak terpengaruh dengan unsur-unsur emosi yang mengusai dirinya
 9. Mempunyai nilai diagnostik yang tinggi
 10. Dapat diperiksa menggunakan komputer/alat scanner
 11. Sampel soalan dan isi yang luas

Kelemahan Ujian Objektif

1. Pembinaan ujian memerlukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang tinggi.
2. Ujian ini memberi ruang kepada murid-murid membuat tekaan jawapan.
3.Semasa dalam peperiksaan, calon memerlukan banyak masa untukmembaca dan berfikir.
4. Ujian ini tidak dapat mengukur keaslian jawapan.
5.Sebahagian calon tidak membuat persediaan yang secukupnya keranamereka boleh menjawab berasaskan pilihan jawapan yang diberi.
6. Sukar untuk menyediakan soalan yang bermutu tinggi
7. Kurang sesuai untuk mengukur tahap kognitif peringkat tinggi
8. Tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sintesis idea secara bersepadu
9. Kurang sesuai untuk ujian formatif

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN UJIAN SUBJEKTIF
Ujian Subjektif
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon
melalui respon secara tulisan. Terdapat dua jenis iaitu:
mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan secara ringkas
o contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik
• Jenis respons lanjutan
o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa perenggan
o contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.
Kelebihan 

• Mudah digubal
• Sesuai untuk semua mata pelajaran
• Sesuai untuk semua aras taksonomi
• Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
• Mengurangkan konsep meneka.
• Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
• Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.

Kelemahan 

• Bidang yg diuji terhad
• Soalan boleh diramal
• Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
• Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.




Thursday 5 July 2012

CONTOH SOALAN (JSU)


1.    Kata Nafi ( Pengetahuan )
 
Makanan ______________________ dibawa masuk.
A.           tidak elok
B.           jangan biar
C.           tidak boleh
D.           jangan suka

2.      Kata Sendi Nama ( Kefahaman )
Buku itu berada __________ almari buku Muthu.
A.         di depan
B.         di dalam
C.         di tengah
D.         di belakang

3.     Kata Pemeri ( Analisis)
Pilih ayat yang betul.
i.              Rojak ialah makanan kegemaran saya.
ii.            Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.
iii.           Haiza ialah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
iv.           Perempuan yang berambut panjang itu adalah kakak saya.
A.           i dan ii sahaja
B.           i dan iv sahaja
C.           ii dan iii sahaja
D.           iii dan iv sahaja

4.   Imbuhan Awal ( Penilaian )
Pilih ayat yang betul.
A.           Hazman telah peroleh keputusan yang cemerlang pada tahun lalu.
B.           Hazman telah perolehi keputusan yang cemerlang pada tahun lalu.
C.           Hazman telah memperolehi keputusan yang cemerlang pada tahun lalu.
D.           Hazman telah memperoleh keputusan yang cemerlang pada tahun lalu.

5.    Ayat Pasif ( Penilaian )
“Saya menendang bola itu”.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di atas.
A.         Itu bola tendang saya.
B.         Bola saya itu tendang.
C.         Bola itu saya tendang.
D.         Saya itu menendang bola.

6.     Kata Bilangan ( Pengetahuan )
Walaupun Fahrul Khan merupakan orang asing tetapi dia disukai ___________ orang di sini.
A.             ramai
B.             semua
C.             seluruh
D.             banyak

JSU


Topik
Aspek
Aras
Rendah
Sederhana
Tinggi
Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian
Morfologi
Kata nama am






Kata ganti nama






Kata sendi nama

/




Kata seru






Kata ganda






Kata kerja






Kata hubung






Kata nafi
/





Penjodoh bilangan






Kata adjektif






Kata pemeri




/


Imbuhan awalan





/
Kata bilangan
/





Sintaksis
Ayat Tanya






Ayat pasif





/
Tanda baca






Soalan petikan
























Jumlah
2
1

1

2