JENIS-JENIS ITEM UJIAN OBJEKTIF
1.
ITEM PILIHAN JAWAPAN
BEBAS
2.
ITEM PILIHAN JAWAPAN
TETAP
1.
ITEM PILIHAN JAWAPAN
BEBAS
v
Memerlukan murid
memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikan
v
Soalan boleh
berbentuk soalan atau pernyataan
tergantung
v
Soalan berbentuk item
jawapan pendek atau item melengkapkan
v
Arahan yang diberi
seperti isikan tempat kosong dengan …
lenkapkan pernyataan berikut.
v
Contoh :
l
Item jawapan pendek
i. Tuliskan dengan perkataan nombor 23
ii. siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan menunaikan
solat Jumaat?
i. ____________
l
Item jawapan
melengkapkan
i. Haiwan yang memakan daging
dinamakan
__________
ii Tuliskan nama tarian tradisional
negeri berikut
a.
Johor __________
b. Perlis
__________
2.
ITEM PILIHAN JAWAPAN
TETAP
Item betul/salah
Item memadankan
Item pengelasan
Item susun semula
Item aneka pilihan
PRINSIP-PRINSIP MEMBINA ITEM JENIS
BETUL-SALAH
1. Kenyataan betul atau salah
hendaklah berkaitan dengan perkara-perkara penting sahaja.
2. Kenyataan yang digubal itu
hendaklah benar-benar betul atau benar-benar salah sahaja.
3. Jangan membina kenyataan yang
terlalu nyata betul atau terlalu nyata salah kerana ini tidak akan benar-benar
menguji calon secara objektif.
4. Pada prinsipnya, gubal lebih
banyak kenyataan dalam bentuk salah daripada kenyataan yang betul, kerana ramai
calon biasanya lebih cenderung memilih betul sebagai jawapan apabila mereka
kurang pasti sama ada kenyataan itu betul atau salah.
5. Elakkan daripada menggunakan
perkataan seperti ‘semua’, ‘tiap-tiap’, ‘hanya’ dan sebagainya yang merupakan
petunjuk kepada salah atau benar kenyataan tersebut.
6. Elakkan menggunakan
kenyataan-kenyataan yang dipetik sebulat-bulatnya daripada buku teks. Ini akan
menolong calon menjawab soalan tanpa berfikir panjang
7. Item betul / salah
Bentuk item betul / salah mengandungi
soalan pokok berbentuk kenyataan samada betul atau salah sebagai pilihan
jawapan.
Contoh:
a)Ikan paus merupakan sejenis amfibia.
Betul / Salah
b)Pahang terletak di Malaysia timur.
Betul / Salah
ITEM MEMADANKAN
Item padanan
Item ini berbentuk dua kumpulan objek
atau perkara yang berkaitan.
Calon dikehendaki menjawab item ini
dengan menggunakan garis menanda kedua-dua objek atau yang berkaitan
Contoh:
a)Suaikan operasi darab dengan
jawapannya
ITEM ANEKA PILIHAN
Item ini merupakan bentuk ujian
objektif yang paling kerap digunakan dalam ujian dan peperiksaan.
Bentuk item aneka pilihan ini
mengandungi satu pokok item yang berfungsisebagai soalan dan diikuti dengan
beberapa gerak balas yang berfungsisebagai pilihan jawapan. Antara beberapa
pilihan jawapan tersebut, terdapat satu jawapan yang betul.
Item aneka pilihan
Jawapan yang betul ini dinamakan
sebagai kunci atau petanda. Gerak balas yang lain pula dinamakan sebagai
pengganggu distraktor.
Contoh:
i)Bentuk aneka pilihan berbentuk
soalan:
Yang manakah di antara
pernyataan-pernyataan berikut adalah salah?
A.Semua benda hidup boleh bernafas.
B.Semua benda hidup boleh berkumuh.
C.Semua benda hidup bergerak.
B.Semua benda hidup boleh berkumuh.
C.Semua benda hidup bergerak.
D.Semua benda hidup boleh berenang
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN ITEM OBJEKTIF
Kelebihan Ujian Objektif
1.
Ia dapat merangkumi semua bidang pelajaran dan isi pelajaran secara luas.
2.
Ia menjamin keadilan pemarkahan.
3.
Ia memerlukan masa yang pendek untuk menjawab dan memeriksa.
4.Objektifnya adalah tinggi, jawapan yang sama akan diberi markah yang samawalaupun
diperiksa oleh pemeriksa yang berlainan.
5.
Ia tidak menggalakan penipuan.
6. Ia dapat mengukur proses mental
yang tinggi.
7.Calon dapat menjawab soalan objektif sekali pun calon lemah dalam penguasaan
bahasa.
8.
Pemeriksa tidak terpengaruh dengan unsur-unsur emosi yang mengusai dirinya
9. Mempunyai nilai diagnostik yang tinggi
10. Dapat diperiksa menggunakan komputer/alat
scanner
11. Sampel soalan dan isi yang luas
Kelemahan Ujian Objektif
1.
Pembinaan ujian memerlukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang tinggi.
2.
Ujian ini memberi ruang kepada murid-murid membuat tekaan jawapan.
3.Semasa dalam peperiksaan, calon memerlukan banyak masa untukmembaca dan berfikir.
4.
Ujian ini tidak dapat mengukur keaslian jawapan.
5.Sebahagian calon tidak membuat persediaan yang secukupnya keranamereka boleh menjawab berasaskan pilihan jawapan yang diberi.
6. Sukar untuk menyediakan soalan yang
bermutu tinggi
7. Kurang sesuai untuk mengukur tahap
kognitif peringkat tinggi
8. Tidak dapat mengukur kebolehan
pelajar memilih, mengatur dan membuat sintesis idea secara bersepadu
9. Kurang sesuai untuk ujian formatif
KELEBIHAN
DAN KELEMAHAN UJIAN SUBJEKTIF
Ujian Subjektif
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk
pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap
kebolehan kognitif calon
melalui respon secara tulisan. Terdapat dua jenis iaitu:
mengandungi soalan yang memerlukan pelajar menulis jawapan
secara ringkas
o contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik
• Jenis respons lanjutan
o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa perenggan
o contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.
o contoh: beri dua faedah mengolah alam semulajadi dengan baik
• Jenis respons lanjutan
o mengandungi soalan yang memerlukan pelajar memberi jawapan dalam satu atau beberapa perenggan
o contoh: Huraikan cara-cara mengurangkan vandalisme di kalangan pelajar sekolah dengan merujuk kepada nilai-nilai dalam Pendidikan Moral.
Kelebihan
• Mudah digubal
• Sesuai untuk semua mata pelajaran
• Sesuai untuk semua aras taksonomi
• Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
• Mengurangkan konsep meneka.
• Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
• Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
Kelemahan
• Bidang yg diuji terhad
• Soalan boleh diramal
• Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
• Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.